Sunday, July 1, 2012

I AM SORRY, YA ALLAH!

Ya Allah..
it hurts when I have to let go the things I really love. It hurts when I have to lose something that I really want, it hurts, YaAllah

but believe me, Ya Allah..I will feel hurt most when I know disobey You.. It hurt most !

I realize that I can never live without Your mercy. I realize that I can never smile without the concious that You are pleased with me. I realize that I can never lead my life if You are unhappy with me..

I am sorry..
I am really really sorry..
For I have neglected You for long time.
For I have loved others more than I should love You.
For I have prioritized others more than I should.

Even then…
You still gives me food to eat.. when I am not supposed to eat what I shouldn't eat
You still gives me eyes to see.. when I am not supposed to see what I shouldn't see
You still gives me ears to hear.. when I am not supposed to hear what I shouldn't hear
You still gives me skin to touch.. when I am not supposed to touch what I shouldn't touch
You still give the air I'm breathing now.. when I have done tonnes of mistakes..

How can someone not fall for You? You are very nice Ya Allah. You are very kind Ya Allah. You are great Ya Allah :')

but I forget..
I'm so occupied with this world.I'm so busy with my life.I'm so so so busy about myself..

I can never forgive myself if this were to happen again. How can I do that to You Allah. I'm such an arrogant slave. I'm not thankful to You. I feel embarrased Ya Allah..I'm embarrased :(

but please Ya Allah…
soon ONE DAY I will be meeting You YA ALLAH!
FORGIVE me on that day YA ALLAH
HAVE MERCY on that day YA ALLAH
SHOWER YOUR BLESSINGS on that day YA ALLAH
THAT is my only WISH :'(

-copied from Amirah's blog.

Saturday, June 30, 2012

Calling Allah..

Semalam, ku telefon Tuhan dalam tahajjudku.

“Tuut, tuut… tuut, tuuut!” Terus diangkat. Dan sebaik sahaja kudengar talian di sebelah sana diangkat, saat itu terus ku luahkan isi hatiku bagai mencurah-curah ke ladang gandum!

“Wahai Yang Maha Agung, aku ini hambaMu. Aku menghubungimu semata-mata ingin mengadu padaMu ya Allah. Wahai Yang Maha Mendengar, aku ingin mengadu kepadaMu bahawa hatiku telah berlubang!”
“Wahai hambaKu. Jika Aku menimpakan suatu musibah ke atas kamu pada badanmu, lalu kamu menerima musibah itu dengan penuh kesabaran, nescaya di hari kiamat Aku malu untuk menegakkan bagimu neraca timbangan atau membuka buku catatan amalmu.” [1]
“Akan tetapi Allah, lubang di hatiku ini sangat menyakitkan. Dan ini juga bukan kemahuanku.”
“Wahai hambaKu, barangkali kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan barangkali kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu. Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.” [2]
“Yang penting lubang di hati ini sangat dalam. Dan aku mohon pertolonganMu, mengapa tidak Engkau tutupkannya saja.”
“Jika sekiranya Aku mahu, nescaya akan Kuberikan kepadamu wahai kekasihKu. Akan tetapi telah tetaplah kata-kataKu: Wahai dunia! Pahitkanlah kehidupan para kekasihKu, janganlah sekali-sekali engkau memaniskannya, kelak engkau akan memfitnahinya.” [3]
“Oh begitu rupanya… Sungguh Maha Penyayang Engkau wahai Tuhanku, melindungi aku daripada fitnah dunia. Maka, sekarang aku memohon agar Engkau memberikan aku kekuatan ya Allah.”
“Sesungguhnya Aku sekali-kali tidak membebani seseorang, melainkan sesuai dengan kesanggupannya.” [4]
“Terima kasih Tuhan, bolehkah Engkau selalu mengingatkan aku di saat aku lupa wahai Tuhanku…?”
“Tentu. Sesungguhnya Akulah yang menciptakanmu dan mengetahui apa yang dibisikkan oleh hatimu, dan Aku lebih dekat kepadamu daripada urat lehermu sendiri.” [5]
“Tuhanku, aku sangat-sangat berharap Engkau sentiasa ada bersama denganku.”
“Wahai hambaKu, ketahuilah bahawa Aku sentiasa berada dalam sangkaanmu, dan Aku ada bersamamu ketika kamu menyebutKu. Bila kamu menyebut-Ku dalam dirimu, Aku menyebutmu dalam Diri-Ku. Bila kamu menyebut-Ku dalam khalayak ramai, Aku menyebutmu dalam khalayak yang lebih baik daripada itu. Bila kamu mendekat kepada-Ku satu jengkal, Aku mendekat kepadamu satu hasta. Bila kamu mendekat kepada-Ku satu hasta, Aku mendekat kepadamu satu depa. Bila kamu datang kepada-Ku dengan berjalan kaki, Aku datang kepadamu berlari-lari.” [6]
“Aku ingin menjadi hambaMu yang sebenar-benarnya wahai Tuhanku…”
“Tanda pengenalan hamba-hamba-Ku di hatinya terhadap-Ku ialah dengan menyangka baik terhadap qadar-Ku, tiadalah dikeluh-kesahkannya hukum-hukum-Ku, tiadalah dirasakannya lambat kurnia-Ku dan senantiasa malu berbuat maksiat.” [7]
“Wahai Allah! Sesungguhnya aku bersaksi bahawa tiada Tuhan yang layak disembah selain Allah. Dan aku berjanji akan selalu mengingatiMu lebih daripada segala yang lain.”
“Sesungguhnya Aku ini adalah Allah, tidak ada Tuhan (yang hak) selain Aku, maka sembahlah Aku dan dirikanlah shalat untuk mengingati Aku.” [8]
SubhanAllah. Alhamdulillah. Allahuakbar. La ilaaha illAllah. La hawla wala quwwata illa billah.

Lalu ku putuskan talian itu kerana ku tahu sebentar lagi akan ku hubungiNya lagi.

Terima kasih Allah.

Yang tak pernah jemu melayan kerenah ku.

Yang lebih dekat kepadaku berbanding urat leherku.

Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang terhadap hamba-hambaNya.


Terima kasih ya Allah!
“Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu tentang Aku, maka (jawablah), bahwasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila ia memohon kepada-Ku, maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah-Ku) dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku, agar mereka selalu berada dalam kebenaran.” (Al-Baqarah: 186)

-copied from a blog.

Thursday, June 7, 2012

Muhammad, nabi ku :')



  Ya Rasulullah!

Alangkah indahnya hidup ini,
Andai dapat kutatap wajahmu,
Kan pasti mengalir air mataku,
Kerna pancaran ketenanganmu.

Alangkah indahnya hidup ini,
Andai dapat kukucup tanganmu,
Moga mengalir keberkatan dalam diriku,
Untuk mengikut jejak langkahmu.

Ya Rasulullah Ya Habiballah,
Tak pernah kutatap wajahmu,
Ya Rasulullah Ya Habiballah,
Kami rindu padamu,

Kutahu cintamu kepada umat,
Umati kutahu bimbangnya kau tentang kami,
Syafaatkan kami.

--Hey, let's gain our knowledge by reading simple facts about our Prophet Muhammad S.A.W. It's not gonna waste your time, you'll even get rewards from Allah. Let's read brothers and sisters! :')

Nama:
• Muhamad bin Abdulllah bin Abdul Muthalib bin Hashim bin Abdul Manaf bin Qusai bin Kilab bin Murrah bin Ka’ab bin Lu’ai bin Ghalib bin Fihr bin Ibni Malik bin An-Nadhr bin Kinanah bin Khuzaimah Mudrikah bin Elias bin Mudhar bin
Nizar bin Ma’ad bin Adnan.

Nama-nama lain :
• Ahmad , Al-Mahi , Al-Hasyir , Al-A’qib , Al-Mutawakkil.

Nama-nama Gelaran :
• Abu Qasim , Al-Amin.

Bangsa :
• Arab Quraisy.

Agama :
• Islam.

Tarikh Lahir :
• Hari Isnin
• 12 Rabi’ul Awal Tahun Gajah ( Riwayat lain 9 Rabiu’l Awal )
• Bersamaan 20 April 571 Masihi.

Bidan Nabi :
• Ummu Mas’ud.

Tempat Lahir :
• Di Syua’ib Bani Hashim di Makkah.

Bilangan Adik-beradik :
• Anak tunggal [ anak yatim ].

Nama Ibu :
• Aminah binti Wahab bin Abdu Manaf bin Zahrah bin Kilab.

Nama Ibu Susuan :
• Thuwaibah [ hamba Abu lahab ] , Halimah bt. Abu Zuaib as-Sa’diah.


Nama-nama Pengasuh :
• Aminah , Thuwaibah , Halimatun as-Sa’diyah, Barakah al-Habsyiyyah digelar Ummu Aiman, hamba perempuan bapa Rasulullah SAW.

Nama-nama Isteri :
• Khadijah bt. Khuwailid, Saudah , A’isyah bt. Abu bakar, Hafsah bt. Umar, Zainab bt. Khuzaimah, Hindun  bt. Abi Umaiyah , Zainab bt. Jahsyi , Juwairiah bt. Al-Haris, Ramlah bt. Abi Sufian , Sufiah bt. Huyi , Maimunah bt. Al-Haris.

Nama-nama Anak :
• Qasim , Abdullah , Ibrahim , Fatimah , Zainab , Ummu Kalsum ,Ruqayyah.

Nama Anak Angkat :
• Zaid bin Harithah bin Syarahil.


Setiausaha Nabi Sebagai Pencatat Al-Quran :
• Abu Bakar , Umar , Uthman , Ali , Zubir , Amir , Amru Al-‘As , Zaib bin Thabit , Muawiyyah , Ubai bin Kaa’b, Abdullah bin Rawa.

Setiausaha Sulit :
• Huzaifah b. Yaman.

Sifat Fizikal :
• Badan tinggi sedang.
• Rambut ikal mayang.
• Muka bulat , putih kemerahan , mata hitam gelap.
• Bulu dada nipis , keseluhan badan  tidak berbulu.
• Bulu mata panjang , suara kasar , gigi hadapan renggang.

Sifat-sifat Yang Wajib Bagi Seorang :
• Siddiq [ benar ] , Amanah [ jujur] , Tabligh [ menyampaikan ] , Fatanah [ bijkasana ].

Sifat-sifat Yang Mustahil:
• Kazib [ dusta ] , Khianah [ pecah amanah] , Kitman [ menyembunyikan ] , Baladah [ bodoh].

Sifat-sifat Yang Harus :
• Makan , minum , tidur , berkahwin , sakit , demam.

Pendidikan :
• Al-Ummiy [ tidak pandai membaca dan menulis ].

Pekerjaan :
• Gembala Kambing.
• Berniaga.

Perlantikan Menjadi Nabi dan Rasul :
• Umur 40 tahun di Gua Hira’.

Guru Pertama :
• Malaikat Jibril ‘Alaihi Salam.

Tugas Utama :
• Menyeru manusia menyembah Allah SWT.

Jawatan Yang Diamanahkan :
• Menjadi Nabi.
• Menjadi Rasul kepada umat manusia dan  jin .
• Ketua Pemerintah  kerajaan Islam di Madinah.

Keistimewaan :
• Sebaik-baik makhluk yang dicipta.
• Mempunyai mukjizat terbesar dan terutama Al-Qur’an.
• Penghulu dan penutup segala Nabi dan Rasul [ Khatamun Nabiyyin ].
• Manusia pertama masuk Syurga.

Gelaran Dari Kalangan Nabi :
• Ulul ‘Azmi أولوالعزم [ banyak menempuhi ujian berat daripada Allah ].
• صلى الله عليه وسلم

Kenangan Manis :
• Dibawa melancong dalam peristiwa Isra’ dan Mi’raj.

Kenangan Pahit :
• Diusir oleh penduduk Ta’if.
• Semasa peperangan Uhud.

Pengalaman Pertama Menerima Wahyu
• Turunnya al-Quran Ayat Iqra’ [1-5 ayat, di Gua Hira’] pada 12 Rabiu’l Awal.

Pengalaman Yang Paling Menakutkan :
• Ketika melihat rupa asal Malaikat Jibril a.s. di ruang angkasa.
Hijrah ke Madinah
• Umur 53 tahun ditemani Abu Bakar as-Siddiq , sampai Madinah pada tanggal 12 Rabiulawal bersamaan 24 September 622M.

Orang Yang Pertama Didakwah Dan Memeluk Islam :
• Lelaki Dewasa : Abu Bakar as-Siddiq.
• Perempuan Dewasa : Khadijah [ isteri Nabi ].
• Kanak-kanak : Ali bin Abu Talib.
• Hamba : Zaid bin Harithah.

Sahabat-sahabat Kanan :
• Abu bakar as-Siddiq.
• Umar al-Khattab.
• Uthman bin Affan.
• Ali bin Abu Talib.

Mertua Dan Menantu Dari Kalangan Sahabat :
• Abu Bakar dan Umar [ mertua ].
• Uthman dan Ali [ menantu ].

Berita Yang Mengembirakan :
• Keislaman Umar bin al-Khattab.

Berita Yang Menyedihkan :
• Kematian Khadijah bt. Khuwailid [isteri Nabi].
• Abu Talib bin Abdul Mutalib [bapa saudara Nabi].
• Hamzah bin Abdul Mutalib [bapa saudara Nabi].

Peristiwa Yang Mengembirakan :
• Pembukaan Kota Mekah.

Penglibatan Dalam Peperangan :
• Peperangan Badar , Uhud , Khandak , Khaibar , Al-Fath , Hunain , Tabuk.

Nama Tempat Yang Pernah Dilawati :
• Syam , Baitul Maqdis [ Palestin ].

Catat Rekod Dunia :
• Pengembaraan yang jauh dari bumi ke langit sehingga ke Sidratul Muntaha bermula selepas waktu Isya’ hingga sebelum masuk waktu Subuh [ Isra’ & Mi’raj ].

Isteri Yang Paling Disayangi :
• ‘Aisyah [ ketika kesemua isteri-isteri Nabi masih hidup ].

Anak Yang Paling Disayangi :
• Fatimah.

Cucu Yang Paling Disayangi :
• Hassan bin Ali.
• Hussin bin Ali.

Sahabat Yang Paling Disayangi :
• Abu Bakar.

Nasihat Nabi :
• “Jadikanlah kamu  sebagai orang musafir yang sedang dalam  perjalanan.”

Wasiat Nabi :
• Dalam Khutbah Wida’ [ Khutbah Selamat Tinggal ] “Aku tinggalkan dua perkara , kamu tidak akan sesat selama-lamanya sekiranya kamu berpegang dengan keduanya iaitu Kitab Allah dan Sunnahku.”

Syafaat Nabi :
• Kepada umat yang sentiasa berselawat ke atasnya.

Tarikh Wafat :
• Waktu pagi hari Isnin.
• 12 Rabiu’l Awal 11 H bersamaan 8 Jun 632M
• Umur 63 tahun , 4 hari.


Sabda Rasulullah SAW:
“Sesiapa yang menghidupkan sunnahku, maka sesungguhnya dia telah mencintai aku. Dan sesiapa yang mencintai aku nescaya dia bersama-samaku di dalam syurga.” (Riwayat Al-Sajary daripada Anas )
Wallahualam. :-) Had fun reading? I know. I had fun too! Hehe. Let's spread the love of our beloved prophet S.A.W :')

Allah 'berbicara' dengan kita :')

Nak tambah khusyuk time solat? Jom fahamkan apa yg kita baca selama ni dalam solat. Subhanallah, setiap kali kita solat kita sedang berbicara dengan Pencipta kita. Lihatlah betapa nikmat Allah yang kita dapat hari ini, sama-sama kita pelajari sesuatu yang baru ya! Moga pahala dimanfaat bersama! :)









Apabila hamba-KU mengucapkan:
Alhamdulillahi rabbil 'alamin (Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam.)
AKU menjawab; hamdani 'abdi (hambaKu memujiKu)

Apabila hamba-KU mengucapkan:
Arrahmanirrahim (Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyanyang)
AKU menjawab; 'Atsna alayya 'abdi (hambaKu menyanjungiKu)

Apabila hamba-KU mengucapkan:
Maliki yaumiddin (Maha Penguasa Hari Kemudian)

AKU menjawab: Majjadani abdi (hambaKu mengagungkanKu)

Apabila hamba-KU mengucapkan:
iyyaka na'budu wa iyyaka nasta'in (kepada Engkau kami menyembah dan kepada Engkau kami minta pertolongan)


AKU menjawab; Hadza bayni wa bayna abdi, wali abdi wa saala (inilah bahagianKu dan bahagian hambaKu yg dimintanya)

Apabila hamba-KU mengucapkan:
Ihdinash siratal mustaqim,siratal ladzina an'amta 'alaihim ghairil maghdubi 'alaihim waladh-dhaalin (pimpinlah kami ke jalan yang lurus, yakni jalan yang tidak Engkau murkai dan tidak pula jalan orang yang sesat)

AKU menjawab; Hadza li abdi,wali 'abdi ma saala (inilah bahagian hambaKu, untuk apa yang dimintanya)

Takutlah Untuk Tidur, Menyesallah Ketika Bangun.

Kita melalui hari-hari kita seperti biasa. Tidur, kemudian kita bangun untuk meneruskan hari-hari kita. Sudah berapa hari agaknya kita hidup di atas dunia ini? Kalaulah kita ini berumur 40 tahun, maka 40X365 hari = 14600 hari. Katalah kita tak pernah tidur siang, maka kita sudah 14600 kali tidur dan bangun.
Namun, dalam banyak kali kita bangun dan tidur ini, pernahkah anda rasa takut untuk tidur, dan menyesal pula ketika bangun? Pernah? Mesti anda bertanya, Kenapa perlu takut untuk tidur, dan menyesal untuk bangun bukan?



Takutlah untuk tidur

  • Siapa yang memberikan anda nyawa? Kita beriman bahawa nyawa itu adalah pemberian Allah SWT. Allah boleh menariknya bila-bila masa yang Dia suka, dan kita pula tidak tahu bila Dia hendak menariknya.
  • Jadi, apabila setiap kali anda tidur, apakah anda boleh menjamin anda bangun keesokan harinya? Bayangkan, malam ini anda tidur, dan esok tidak bangun semula. Bagaimana dengan dosa-dosa anda pada hari semalam? Hutang-hutang anda yang belum berbayar? Rakan yang anda khianati dan calari hatinya? Bagaimana semua itu, jika anda tidur dan esoknya anda tidak bangun?
  • Pernahkah anda, sebelum melelapkan mata, bermuhasabah sebentar apa yang anda lakukan sepanjang hari? Atau anda tidur, dengan keyakinan 100% anda akan bangun keesokan harinya, lalu anda berkata: “Esok-esok lah taubat apa semua ni”
  • Maka tidak hairanlah, kita ini tiada peningkatan. Kerana kita sebenarnya, langsung tidak bersedia menghadapi kematian.


Menyesal lah ketika bangun
Apakah perkara dalam dunia ini, kalau kita terlepaskannya, kita tidak boleh mendapatkannya semula walau apa pun cara kita gunakan?
Satu sahaja jawapannya. – Masa –


  • Segala keburukan kita semalam, segala kejahatan kita semalam, segala dosa-dsa kita semalam, terpahat kemas dalam semalam. Kita tidak boleh memutar semalam, untuk memadamkan semua itu.
  • Pernah kah anda menyesal dengan semalam yang telah berlalu apabila anda bangun?
  • Saya sebenarnya hendak anda nampak apa itu kehidupan sebenarnya. Manusia ini, akan dihitung oleh Allah SWT. Maka, sebelum tidur anda muhasabah lah segala perbuatan anda, bila ada dosa bersegeralah taubat, ada hutang bersegeralah bayar, ada khilaf dengan teman-teman, segeralah bermaafan. Anda mungkin tiada esok.
  • Bila bangun, saya nak anda rasa anda telah membazirkan kehidupan anda semalam. Maka apabila Allah izinkan anda hidup pada hari baru, dengan penyesalan terhadap hari semalam yang telah anda bazirkan, maka anda akan gunakan hari baru anda dengan sebaik mungkin, tiada pembaziran seperti hari semalam. 

Hidup ini, untuk persediaan ke Sana. Kenapa kena hargai hidup? Kerana Allah akan kira kehidupan kita ini. Kejayaan kita, hanyalah apabila kita dilepaskan dari api neraka, dan dimasukkan ke dalam syurga. Jadi, dunia ini sepatutnya kita gunakan, bukan kita dipergunakan.

Allah SWT berfirman:
“Setiap yang bernyawa akan merasai kematian, dan di akhirat sana akan disempurnakan pembalasan, siapa yang diselamatkan dari neraka, dan dimasukkan ke dalam syurga, sesungguhnya dia telah berjaya. Tiadalah kehidupan di dunia itu, melainkan kesenangan yang menipu daya” (Surah Ali-Imran ayat 185)
Jangan bazirkan hayat anda. Bersegeralah, jangan tangguh-tangguh. Hargailah, jangan anda buang-buang.


(peringatan terutama untuk diri saya!)