tapi bermain tarik tali,
aku suka kau,
kau suka aku,
kita berdua tidak pernah beritahu.
Habis duit topap untuk berhubung dengan pasangan. Komited dalam permainan tarik tali ini. Jelous simpan dalam hati. hati berkocak memikirkan tentang kebarangkalian cintanya pada kita. Hari demi hari diri menjadi munafiq.
Ini semua asbab cinta yang tidak ketahuan. ahh..apatah lagi kalau yang ketahuan dong. lebih lebihin teruk lagi gamaknya.
eh..tiba tiba jadi indonesia pula ya? bedal.
Allah tidak lagi menjadi misi nombor satu. Kita lebih rela mengorbankan wang dan harta PTPTN untuk topap. Belikan cenderahati buat 'crush' kita. Tapi ! tidak sanggup mengorbankan waktu tidur, makan, mandi untuk datang ke rumah Allah. Ini bila hati sudah di isi dengan misi yang lebih penting.
Kita mungkin tidak merasa akan wujudnya kebarangkalian ini. Tapi percayalah ! ia wujud. Kita akan buat status FB, Twitter atau upload gambar di instagram dengan harapan si dia juga melihatnya. Dahulunya tiada default picture yang meletakkan gambar diri sendiri, tapi sekarang, mesti gambar sendiri punya.Untuk apa? untuk dia melihatnya. aduh bagi wanita. kasihan bakal suami mu. muka mu telah ditatap lelaki lelaki lain.
Tahukah kamu wanita? gambar yang kamu post di mana mana, bila dilihat lelaki, kamu akan di tatap. aduhai..cun nya. besarnya barang dia. seksinya. matanya. Namamu akan terpatri dibibir lelaki lelaki.
tahukah kamu, aksi aksi kamu yang comel di instagram itu sangat enak dinikmati lelaki lelaki?
Dan kamu yang bertudung labuh sekalipun, mahukah gambarmu itu ditatap lelaki yang bukan mahram bagimu? aduhai.. aku cukup kecewa.
Malu tahu? ini definisi dari wikipedia haha :
Malu tahu? ini definisi dari wikipedia haha :
Malu adalah satu perasaan negatif yang timbul dalam diri seseorang akibat daripada kesedaran diri mengenai perlakuan tidak senonoh yang dilakukan oleh dirinya sendiri.
Takdalah aku nak cakap tak senonoh kan. Tapi kalau kau malu, kau tahu kau malu. hahaha. Jangan ikut standard of morality sangatlah. Ikut standard Fatimah az Zahrah and Aisya r.aha, cuba lah cuba. Tak penting pun kamu nak expose diri kamu di instagram tu. Buat ape? cube bagitau? nak menunjukkan kesyukuran kerana berwajah cantik? relevan la skit. okay relevan. Nak suka suka je. ha ah. tu yang ramai lelaki pun suka suka je save gambar korang. buat modal dalam bilik air. haish... AWEK AKU DULU! GAMBAR DIA ADA KAT PHONE MEMBER AKU, TAK HANGIN SATU BADAN AKU? dulu la.. hihiks...
Takdalah aku nak cakap tak senonoh kan. Tapi kalau kau malu, kau tahu kau malu. hahaha. Jangan ikut standard of morality sangatlah. Ikut standard Fatimah az Zahrah and Aisya r.aha, cuba lah cuba. Tak penting pun kamu nak expose diri kamu di instagram tu. Buat ape? cube bagitau? nak menunjukkan kesyukuran kerana berwajah cantik? relevan la skit. okay relevan. Nak suka suka je. ha ah. tu yang ramai lelaki pun suka suka je save gambar korang. buat modal dalam bilik air. haish... AWEK AKU DULU! GAMBAR DIA ADA KAT PHONE MEMBER AKU, TAK HANGIN SATU BADAN AKU? dulu la.. hihiks...
ah sudah.kembali semula. Asbab cinta tadi. Seribu perwatakan kau pamerkan. Lihat pula dunia sekarang. wanita minat pada lelaki lelaki yang soleh. sebenarnya bukan sekarang sahaja. dari dulu lagi.cuma dulu tidak banyak. Maka! watak ini dipamerkan. 'pakailah tudung' 'pakailah baju yang longgar longgar sedikit' 'nah, I belikan you buku hadith ni' .
Menggambarkan watakmu sebagai seorang yang boleh memimpinnya. Cerita tentang kuliah kuliah yang didengar. Ada yang ajak pergi kuliah. Ada yang cerita tentang baru balik dari masjid. Ini semua secara tak langsung telah digunakan oleh syaitan untuk mengaburi fikiran kita yang bahawa sebenarnya kita telah syirik pada Allah.
Di mana Allah? mana perjuangan kita wahai lelaki!
Wahai wanita. leave us. Janganlah kau dekati kami melainkan kau sudah halal bagi kami. Kau senyum pada kami sudah cukup buat kami untuk mengejarmu. wAllahi ! kau akan kelihatan sombong jika tidak senyum dan inilah menjadi pematah semangat buatku untuk mendekatimu. Dan aku akan mula percaya, Jika engkau jodoh ku, sudah pasti senyumanmu yang kau kedekutkan pada ku pasti dan pasti akan menjadi milikku satu hari nanti. Ketika itu kau akan senyum menyambutku pulang dari masjid. Kau akan senyum melihatku mengalihkan pandangan dari wanita wanita bukan mahram. dan engkau akan senyum melihatku bersamamu di dalam Syurga nanti.
Bila aku percaya pada jodoh Allah, engkau bukan lagi misiku, tetapi Allah adalah misiku. Jika aku dapat Allah, aku akan dapat seluruh dunia. tetapi aku yaqin, mereka yang sudah dapat haqiqat Lailaha ill Allah, pasti dan pasti tidak mahukan dunia. dunia akan digunakan, dipijak, dikuli, untuk bekalan akhirat.
Jika kami mahu, kami akan pergi padamu dengan cara yang baik. Tetapi, godaan godaan mu. Kesolehanmu dan keperibadiaanmu telah menjadi satu ujian buat kami dari menjauhi kamu. Simpanlah, jangan engkau biarkan orang tahu bahawa engkau soleha, dan engkau baik. Jadikan ia keistimewaan bakal suami mu.
Satu orang wanita yang solehah adalah apabila namanya tidak meniti di bibir lelaki lelaki dan nama lelaki lelaki tidak meniti di bibirnya.
Nabi beritahu dalam mafhumnya kurang lebih, tiada beban yang lebih beban lagi bagi lelaki akhir zaman melainkan wanita. Wahai wanita, tolonglah kami !
Aku tidak mahu menjadi orang yang mencari di dalam hal ini. Aku mahu menjadi orang yang menanti jodoh. Biarlah apa orang nak kata. Aku playsafe. Kerana jika zaman sahabat, mereka yang mencari jodoh sebenarnya mencari 1/2 daripada iman. Prosesnya juga mudah. Aku mahu kawin. then, kawin ! Tapi hari ini. mencari jodoh? haihh... berkawan, berkenalan, berpegangan tangan, wayang, naik kereta, im gonna miss you. i love you! Arghhh! Bosan dengan penipuan ni.
Semoga Allah beri taufiq dan hidayat pada kita untuk berusaha atas Iman dan Amal kita. Jodoh, rezqi, maut, lahir semuanya Allah telah tetapkan. Kerja dan usaha kita sebenarnya hanya medium untuk kita beribadah pada Allah. Tapi iman kita, bertambah dan berkurang. Kerana inilah Allah perintahkan kita untuk usaha atas iman kita. Usahakan syurga kita. InsyaAllah. Allah swt Maha Berkuasa, selain dari Allah langsung tiada kuasa. Lailaha ill Allah.

















