Yang dekat surau atau masjid tu dengar ceramah tu memang diorang nak pergi, abih tu yang degil degil ni, yang dahagakan cerita cerita kebesaran ALLAH ni? siapa nak cerita kat diorang? haaa kitalah. sebab tu semua orang yang ada kalimah lailahaillALLAH adalah daie. tak perlu cerita hukum hakam. Cerita ALLAH hebat sudah memadai. Kerana yang bagi hidayat itu ALLAH, kita makhluk. makhluk tiada kuasa.ALLAH swt maha kuasa. Ajaklah manusia kepada ALLAH, jangan ajak manusia kepada diri kita. kerana kita berdakwah adalah untuk memasukkan kebesaran ALLAH dalam hati kita, dan mengeluarkan kebesaran makhluk dari dalam diri kita. LailahaaillALLAH .
Okayh, Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh.
Zaman Nabi saw dulu bro, kalau baginda saw datang bagi salam di rumah dorang, dorang akan hold sampai tiga kali salam. gila kau, salam tu doa kot, dah tu yang doakan tu nabi saw pulak, 'Sejahteralah ke atas kamu', yaqin dorang tinggi bahawa ALLAH akan qabulkan doa nabi saw untuk mereka. haaa. hebat tak sahabat ra. jadi tuan tuan, jika kita doakan orang lain, maka Malaikat pula akan mendoakan untuk kita. Malaikat broooo !!! so be the first to give salam. berebut rebut lah. Masalahnye sekarang ni, bagi salam seems not cool anymore lah. ha ha that is nonsense. bro, salam ini sunnah. how come they say sunnah is not cool. This is how to recognize muslims. ada one guy, dia muslim, and he went to France, takda kawan langsung. ok dia pergi sorang.so as muslim. 1st skali kita mesti nak cari mesjid kan? dia tak jumpa. because 'French do not speak English' u know that rite? . he went to eiffel tower, dia duduk situ almost 3 days nak cari orang Islam. macam mana dia buat? dia bagi salam kat semuaaa orang yang lalu depan dia.takda sorang pun jawab.then suddenly, someone jawab, Waalaikumsalam. haaaa sukaaa laa dia. ALLAH hantar hamba se'kalimah' dengan dia. apa lagi. bawak la pergi masjid. ok sampai situ je. see, how ALLAH connects us? by the way of prophet saw lah bro. tapi sunnah Nabi sekarang dah jadi ketinggalan. kita kena sedih.jangankan kata sunnah dalam kehidupan, dalam solah pun orang tak buat, dalam berdakwah pun orang pakai cara sendiri.padahal Nabi saw dah ajar semuaaa pada kita. sampaikan potong kuku pun baginda saw ajar tau.
![]() |
| Janggut |
Solah-
![]() |
| Jubah |
| Miswak |
- Majority, orang Melayu merasakan baju melayu itu pakaian solah. Noooo, it is not, 1st, baju melayu tak menutup punggung. 2nd, baju melayu is baju melayu. bukan baju Nabi. yeah, ana nampak hensem pakai baju melayu, but still, it is not a sunnah ! kesian ana. ok its not a big issue pon. hehe.
- Dalam solah, kesempurnaan solah datangnya dari saf yang lurus dan rapat. imam selalu cakap, 'sauu as sufufakum,rapat dan luruskan saf , Samakan tumit, jangan samakan perut. Bahu bertemu bahu' masalahnya, pakcik pakcik ni ha. ana gerwaam betoi, kenapa pakcik, kenapa? saya ni menggelikan ke? mai la rapat rapat.pakcik duk marah john dengan amat main gitar tepi longkang, 'Tak sekolah ke budak budak ni? orang suh belajar, memonteng je keje'. abih tu pakcik, kat sekolah time kelas agama buat ape? belajar menembak ke? masalahnya, duduk saf depan sekali, blakang imam.tp pakcik yang spoil. adeh! durhhh. Rapatkan ye kawan kawan. Depan ALLAH pun kita malu nak bersatu ke? jangan eh.
- Kita sering kali tinggalkan amalan bersugi sebelum solah. haaa. rugi bro. ALLAH gandakan berlipat kali ganda pahala kita. biasanya orang sebelah akan geli atau tak suka, tapi percayalah, ALLAH swt suka.
- okay yang ni la paling tak adil sekali, bagaimana jika anda buat open house. then anda jemput semuaaa orang. tapi satu orang pun tak datang. padahal anda nak bagi makanan free ni. rumah siap aircond. beli kemah bagai. kemah pula yang tajam tinggi tu.fuhh dahsyat orang sekarang. SATU ORANG pun tak datang. apa anda rasa? rasa menyirap, menyampah, mengecewakan, menghampakan dan malas nak ajakk dahh. taknak kawan. kan? sekarang ni, ALLAH swt 5 kali sehari ajak tuan tuan(lelaki) datang ke rumahnya, ALLAH sediakan ganjaran yang sangat banyak.setiap langkah ke rumah ALLAH swt, dinaikkan darjat, dihapuskan dosa, diberi pahala. But still, KITA TAKNAK DATANG. ape sombong sangat kita? Nabi saw tak pernah solat fardhu di rumah. Solat ngan bini kat rumah? kalau tuan pergi solat di masjid, tuan dapat 27 kali ganda, isteri kat rumah akan dapat 28 kali ganda tahu. kerana segala ibadah tuan akan dapat pada isteri kerana isteri tuan merelakan tuan ke rumah ALLAH.1 kali ganda kerana dia sendiri sudah bersolat. apa lagi tuan mahu? inilah maknanya sayang isteri. Inilah sunnah Nabi saw paling keras dan paling besar sekali untuk kita sebagai lelaki, ikut!!!
Dakwah-
Zaman Jahiliyyah, zaman yang paling gelap sekali bagi orang Arab. Ya ALLAH, hanya ALLAH swt mengetahui segalanya. Maksiat tu macam rutin harian je bro. Bunuh anak perempuan tu macam lu buang anak, pastu orang nampak, 'buat ape minah oi, buang anak ke?' pastu lu pun jawab, 'ha'ah, anak perempuan lagi la, spoil la jahhh' macam takda apa tuan. minum arak sekarang standard lagi, lepak pub, minum dalam gelas mahal, arak mahal. diorang, minum dalam tengkorak bro. lagi mahal. tak puas hati dengan lelaki , bunuh, tak puas hati dengan perempuan, rogol. Perempuan ni sampai jadi macam mata wang bro, jual beli guna wanita je. tada hal. Tapi, 'kehadiran Nabi Muhammad saw telah mengubah segala galanya.ALLAH turunkan baginda dalam suatu persekitaran yang, ya ALLAH, DIA yang maha mengetahui. sekarang, lihatlah Makkah, Madinah, tanah suci yang sangat menyejukkan hati mereka yang pergi ke sana. berkat pengorbanan yang tinggi oleh para sahabat ra. dan Nabi saw sendiri. Tapi bagaimanakah cara Nabi berdakwah? sehingga semua maksiat ini telah hilang bro? dan mengapakah pelbagai usaha dakwah kita lakukan di MALAYSIA yang indahhhh ni, still banyakkk masalah sosial dan kemaksiatan?
![]() |
| Keluar ke jalan ALLAH tiru para sahabat sebar agama |
- Kita menggunakan cara kita sendiri. bukan cara Nabi. kita tidak yaqin dengan janji ALLAH bagi mereka yang mengamalkan sunnah. Buat program, anti zina, anti wempitz(rempit), anti dadah. tapi masih ada lagi sampai sekarang. Nabi pergi rumah ke rumah, sehinggakan jika tapak kaki nabi diwarnakan dengan warna merah, maka seluruh kota madinah itu akan berwarna merah. Nabi hanya bawa kalimah yaqin,'katakanlah LailahaillALLAH, maka kamu akan berjaya'. The problem is IMAN! yaqin pada ALLAH hilang. maka manusia tidak takut pada ALLAH. macam mana nak buat? cakap lagi dan lagi tentang maksud kalimah lailahaillALLAH.
- kita hari ini fikir nak islamkan orang, sedangkan orang Islam telah jauh daripada agama kita. zaman para sahabat, bila 1 orang peluk Islam, maka dia dah tahu nak buat apa.hanya mencontohi sahabat. Kalau sekarang? nak mencontohi Islam yang ada dalam diri kita? puiiii.. rosak orang tu.
- Nabi saw ajak manusia untuk datang kepada ALLAH. bukan kepada dia. tapi hari ini, orang buat dakwah adalah untuk mengajak manusia kepada dunia, diri sendiri, bendera(parti) atau kepentingan sendiri. Orang ramai datang ceramah, tetapi hidayat tak tersebar. kerana orang datang kerana penceramah, bukan kerana ALLAH.ayuh ubah, supaya orang kagum pada ALLAH, bukan pada penceramah. macam mana? cara nabi! cakap lagi dan lagi kebesaran ALLAH !
- Hari ni kita tidak lazimkan percakapan kita dengan meyaqini ALLAH. ALLAH bagi rezeki, ALLAH bagi makan dan ALLAH bagi kenyang. semua dari ALLAH. 'Yelah dik, ALLAH bagi rezeki, tapi kalau kau tak kerja, mana ko nak dapat rezeki dik?' - nampak macam betul apa abang cakap.tapi abang telah menggabungkan ALLAH dan kerja sebagai pemberi rezeki.Syrik tu bang.takut ALLAH tak ampun dosa. bukannya tak perlu kerja, tapi kita kena nafikan usaha kita.ALLAH tak perlukan usaha kita.ALLAH suruh kita bekerja kerana perintah sebarkan LaihaillALLAH. bukan sekadar pada orang bukan Islam.tapi kepada Islam itu sendiri terlebih dahulu. Ramai orang Islam, tapi tak ramai orang beriman.
- Kita berdakwah tak ikut sunnah. kita kata- Kalo nak rapat remaja, kena ikut gaya remaja. kalau tak diorang lari. bro, nabi yang pakai jubah, serban , muka comel sampai boleh mengalir air mata kita kalau tengok , itu pun orang baling tahi. yang kita konon konon nak ikut keadaan, tanggal kopiah serban, janggut cukur,ini semua tak kena tahi? sebab tu remaja tak datang pada ALLAH, datang kepada pendakwah tu. kan dah tersilap tu. jadilah taksub pada satu satu orang. Macam ana ni pun tak betul. Ana dakwah guna blog. ini bukan caranya. ini cara yahudi. Nabi tak buat. sebab tu kita tengok, berapa ramai Ustaz twitter/facebook? still, dapat like or retweets. pujian. Nabi? nabi buat dakwah dapat MAKI! TAHI! BATU! DARAH!
Kejayaan saya, kejayaan tuan tuan, kejayaan seluruh manusia hanya terletak dalam agama, sejauh mana kita menurut perintah ALLAH swt dengan menggunakan cara Nabi saw. bukan terletak pada pencapaian akademik, pencapaian bangunan tinggi, atau apa apa. kejayaan semua apabila kita berjaya bawa iman 100% berjumpa ALLAH swt nanti. dan jika kita gagal.gagallah kita selama lamanya. sampai bila? sampai bila bila. Kita buat apa apa, semua perlu ikut cara Nabi saw. jika bukan cara Nabi, cara siapa? cara syaitan !
Atas maksud itu, jika kita ingin melihat cinta ALLAH pada kita, lihatlah berapa banyak sunnah yang kita amal.bukan yang kita tahu , tapi yang kita amal. kalau satu, satu tu je lah sayang ALLAH pada kita. jadi tuan tuan, bukan maksud ana untuk mengkritik atau melakukan provokasi di sini. ana cuma berkongsi apa yang ada di dalam hati walaupun ini bukan cara nabi.dan ini tiada kejayaan. tetapi mengapa? hanya ALLAH swt yang tahu. semoga ALLAH merahmati kita. semoga ada baiknya, dan buruknya kita anggap ALLAH swt mahu mengajar kita.
![]() |
| Add caption |
Semoga dengan dakwah yang kita lakukan dengan cara nabi dapat menarik semua lelaki aqil baligh untuk solat di masjid dan semua wanita dapat menutup Aurat dengan sempurna.InsyaALLAH.
wallahua'lam.




No comments:
Post a Comment