Salam alaykum, kaifahal? aku seringkali bertanya khabar, tapi entah ada orang baca ke tak blog ni. Allahu a'lam. haha. Aku menulis kali ni semata kerana cinta dan kasihnya aku pada dua orang sahabat handai. Aku terkesan dengan syarah Dr. Manzur Malik dalam kelas tadi. ''Tell your friends that you love them. Everyday. And tell them that you love them for the sake of Allah. '' cantik kan? Tuan, aku bukanlah insan yang sempurna. Seringkali lupa dan lalai. Aku sangat suka bila orang bertanyakan tentang Allah. kerana bila aku cakap tentang kebesaran Allah, perkara ini aku berharap sangat akan masuk di dalam hati aku. Tuan, aku sangat sayang pada Rabb aku. aku sangat redha dan seronok Allah sebagai rabb aku. tuan, lihatlah kasihnya Allah pada kita. Allah suruh kita berfikir atas kemaksiatan yang kita lakukan terhadapnya. Allah beri lagi iman. beri lagi kita telinga untuk mendengar azan, mata untuk melihat ibu dan ayah, tangan untuk bersalaman dengan sahabat, kaki untuk pergi ke masjid, hidung untuk menghidu err...hidu ape doh. baru nak berfalsafah...er..hidu lah apa apa. tuan, ade satu masa ni, aku kentot. baunya masyaALLAH wa subhanALLAH. kawan aku ada lah bersama, namanya Khalil aka Ocher, dia terus menghidu dengan nikmat sambil menarik nafas dalam dalam. maka dia berkata, 'member sejati' ! hahaha.. beb, itu cara dia nak lafazkan kesetiaan. dengan menghidu kentot tau? hahaha. Allah.
Baru semalam aku bersama Shikh dan Ocher pergi buat ziarah bilik ke bilik di hostel kami. Dengan tujuan mengajak orang yang kami jumpa ke rumah Allah. Biasanya aku lah yang akan menjadi jurucakap nya, dan akulah yang beri salam. tapi kali ni, Allah beri taufiq dan hidayat bagi dua dua orang ini untuk menceritakan kepada orang tentang kebesaran Allah. masyaALLAH aku terkesan.
Ocher : 'Salam alaykum, tujuan ana datang ini adalah untuk menghidupkan amalan ziarah. tuan sendiri tahu amalan ini bukan amalan orang biasa. ini amalan ahli ahli syurga bila di sana nanti. Tuan, hidup ini sementara, kita hidup untuk 'makrifatullah' yakni mengenal Allah. Allah itu Malik, Rahman, Rahim, Razaq. semua yang ada di sini milik ALLAH. tiada satu pun milik kita.Atas maksud ini, ayuh kita usaha atas iman kita. bagaimana tuan? kita sama sama lah solat di rumah Allah secara berjemaah. insyaALLAH isya' bersama2 dengan kita eh di musolla zubair.'
Shikh : 'salam alaykum, kami datang dari musolla lah. jadi datang ini bukan nak mengajar. cuma nak membesar besarkan Allah. Sesungguhnya Allah itu maha kuasa selain daripada Allah langsung tiada kuasa. Allah itu rabb saya dan rabb tuan. Kita makan, yang bagi kenyang adalah ALLAH, kita belajar, yang bagi pandai adalah ALLAH. semua Allah. Dunia ini jambatan ke akhirat. Segala perkara yang kita buat adalah untuk akhirat. Ada tamsilan, Kita ni ibarat atas kapal yang berada di lautan. kapal itu kita gunakan untuk naik, dan laut itu ditamsilkan sebagai dunia. Naik saja kapal itu, jangan ambil airnya. kerana jika ambil, maka kapal akan karam. sama macam kehidupan, Hiduplah di dunia, gunakanlah dunia, tetapi jangan ambil masuk dalam hati ! maka kita akan karam'
begitulah mafhum lebih kurang dua sahabat aku ini. Dulu mula mula kat asasi, kami memang bertiga. sampai sekarang ni pun. haha. alhamdulillah, Allah pilih aku duduk 3 hari di sri petaling ketika ijtima'( perhimpunan jemaah tabligh ) KL. masa tu aku tak tahu apa apa pun. malah aku menentang habis habisan. tapi sahabat aku berkata, jangan sampai ilmu kau membuatkan kau jadi bodoh. kau ikut aku, dan kau kaji sendiri. Wallahi, 3 hari aku disana, memberi kesan yang sangat hebat di dalam hati. everyone talks about the greatness of ALLAH. ALLAH kuasa, makhluk tiada kuasa.bukan tidur bagi hilang ngantuk, ALLAH yang bagi. Bukan makan bagi kenyang, ALLAH yang bagi. perkara ini nampak pelik. tapi inilah haqiqat iman. bila kau mampu menafikan asbab, kau akan kenal ALLAH sedikit demi sdikit. maka bila aku pulang, nak masuk ke semester seterusnya. Aku call dulu dua orang ni. bagitau 'korang jangan lah terkejut eh, kalau aku tetibe cakap ALLAH bagi kenyang, ALLAH bg lapar, ALLAH bagi pandai. aku bukan nak bajet Alim, tapi aku nak belajar belajar kenal ALLAH' maka dua dua orang ini pun memberikan respon yang sangat sangat baik. kata kata dan support mereka membuatkan aku ada fikir risau atas iman mereka berdua ini. Aku mahukan syurga bersama sama. aku mahukan usaha mengajak manusia pada ALLAH ini dapat dibuat bersama sama mereka dan seluruh umat Nabi Muhammad saw. dan alhamdulillah dah dua tiga kali jugak lah bersama sama mereka keluar iktikaf di surau surau. Untuk pengetahuan. kami bukanlah berlatar belakangkan sekolah agama ke apa ke. kami sama sama mahu belajar kenal ALLAH dan mati dengan kalimah LailahaillALLAH. kamu semua mulia lebih daripada aku. aku tidak tahu apa apa. aku bodoh dan jahil. aku baru nak belajar. ya Rabb.. berikanlah petunjuk untuk kami semua ya Rabb. kami selalu terlupa.
Dakwah ini bukanlah untuk mengajar manusia, tapi untuk membetulkan iman diri sendiri. bila kita mengajak menggunakan cara Nabi, yakni jumpa manusia, maka ini lah kejayaan. dan tiada kesesatan kerana jika kita berpegang kepada cara Nabi, maka ALLAH janjikan kejayaan. Dakwah ini ibarat bola yang dilontar ke dinding, pasti akan datang balik pada kita. sama macam percakapan, bagitau manusia tentang ALLAH, ALLAH HEBAT ALLAH KUASA, MAKHLUK TIADA KUASA. maka ia akan masuk didalam hati kita.
tuan,ketua jemaah aku ketika aku keluar 40 hari di JB baru baru ni beritahu aku perkara yang sangat menyentuh qalbu. ambillah dan bacalah. dan positif eh.
KITA
DISIBUKKAN DENGAN DUNIA??
"...tanda-tanda
Iman ditarik dari hati (ditutup pintu hatinya) ialah Allah akan sibukkan
dirinya dengan urusan dunia..."
(mafhum
riwayah).
Kata ustaz,
apabila Allah tidak mengkehendaki kita lagi...
Allah akan
sibukkan kita dengan urusan dunia
Allah akan
sibukkan kita dengan urusan teman wanita
Allah akan
sibukkan kita dengan urusan menambahkan harta.
Allah akan
sibukkan kita dengan urusan mencari pengaruh, pangkat dan kuasa...Alangkah
ruginya kerana kesemuanya itu akan kita tinggalkan.
Sekiranya
kita mampu bertanya pada orang-orang yang telah pergi terlebih dahulu menemui
Allah SWT.dan jika mereka diberi peluang untuk hidup sekali lagi sudah
semestinya mereka memilih tidak lagi akan bertarung bermati-matian untuk
merebut dunia...kerana tujuan kita diciptakan adalah untuk menyembah Allah dan
beribadat kepada Allah...tidak akan Allah ciptakan manusia sekiranya tujuan
hidup untuk merebut habuan dunia..
Sebenarnya
apa yang kita dapat dari habuan dunia ini telah pun ditentukan oleh Allah SWT.
Kita
mungkin cemburu apabila melihat orang lain lebih daripada kita dari segi gaji,
pangkat, harta, rumah besar, kereta besar...
Kenapa...
kita tidak
pernah cemburu melihat ilmu orang lain lebih daripada kita..
kita tidak
pernah cemburu melihat orang lain lebih banyak amalan daripada kita..
kita tidak
pernah cemburu apabila melihat orang lain bangun di sepertiga malam...solat
tahajud dan bermunajat...
kita
cemburu apabila melihat orang lain menukar kereta baru yang mewah...tetapi
jarang kita cemburu apabila melihat orang lain yang boleh khatam Al'Quran
sebulan dua kali...
Kesemua
petanda-petanda ini menunjukkan dunia akhir zaman....apabila duit, harta dan
pangkat mengatasi segala-galanya....setiap kali menyambut hari jadi...kita
sibuk nak raikan sebaik mungkin...tetapi kita telah lupa..dengan bertambahnya
umur kita...maka kita akan dipanggil Illahi bertambah dekat...kita patut
bermuhasabah mengenai bekalan...ke satu perjalanan yang jauh..yang tidak akan
kembali..dan buat selama-lamanya.
Sahabat
yang ku sayang..
Kerinduan
bertemu Allah subhanahu wa ta’ala umpama angin semilir yang menerpa qalbu,
membuatnya sejuk dengan menjauhi gemerlapnya dunia. Siapapun yang menempatkan qalbunya
di sisi Rabb-nya, ia akan merasa tenang dan tenteram. Dan siapapun yang
melepaskan qalbunya di antara manusia, ia akan semakin gundah gulana.
Ingatlah!
Kecintaan terhadap Allah tidaklah akan masuk ke dalam qalbu manusia yang
mencintai dunia.
Ketahuilah
wahai sahabat
Jika Allah
subhanahu wa ta’ala cinta kepada seorang hamba itu, maka Allah subhanahu wa ta’ala akan memilih
dia sebagai tempat pemberian nikmat-nikmat-Nya, dan Ia akan memilihnya di
antara hamba-hamba-Nya, sehingga hamba itu pun akan menyibukkan dunianya hanya
dengan ibadah kepada Allah. Lisannya senantiasa basah dengan berzikir
kepada-Nya, anggota badannya selalu dipakai untuk berkhidmat kepada-Nya.
Ya Allah,
cintailah aku dan keluargaku.janganlah Kau berpaling dari kami...
Pilihlah
kami sebagai tempat pemberian nikmat-nikmatMu.
Aamiin.
Hati manusia
seperti singgahsana, apa atau siapa sahaja yang berada disana, akan menjadi
raja. Semua manusia hakikatnya adalah hamba. Barangsiapa yang tidak mahu
menghambakan diri kepada Allah Swt, maka pasti akan menjadi hamba selain Allah
Swt. - Tamthil