Saturday, December 21, 2013

Berani kerana tough ! Takut kerana keding !

Salam alaikum ! Aslim,Taslam . Submit to Allah, and you will get salvation.
Antara wanita yang berpurdah dan wanita yang bertudung sahaja, mana yang kamu suka? Kalau aku, dua dua aku suka. Kerana dua dua menutup aurat. Yang tak pakai tudung pun I suka tau. grr... cuma yang berbeza di sini adalah, bagaimana kita melihat keduanya. Ada yang kata berpurdah ini solehah gitu, yang bertudung biasa saja ni pula boleh bawak berborak la. No way bro. Ibunda terchenta aku tak berpurdah pun, masih bagiku dia Isteri solehah. Yang tak pakai tudung? belum sampai seru. ini bukan alasan sebenarnya. ini sebenarnya peringatan pada saya dan kamu semua. Kita kenalah seru mereka. Kita jangan putus asa. insyaALLAH azam lah sungguh2. Allah qabul insyALLAH.
Tapi satu pandangan yang kurang enak dari mata hensemku ini adalah apabila sunnah Nabi yang membenarkan wanita wanita berpurdah telah diperkotak katikkan. Limaza? mengapa? why? Kerana manusia hari ini segan ilmu. Purdah ini bab fiqh zinah atau fiqh perhiasan yang di dalamnya terdapat khilafiyah atau perbezaan pendapat. Imam imam kita ni semua mujtahid yang tauliyah nya datang dari ulama ulama yang murshid, bukan tauliyah kerajaan. InsyaALLAH tiada mana mana parti mempengaruhi fiqh mereka. Baik bulan, dacingImam imam mazahib ini begitu tinggi fikir risau umatnya dan kerana itulah ada bab bab yang berbeza pendapatnya. Kalau tiada risau umat, Nabi tak pernah makan tembikai, kita semua haram makan tembikai la jawabnya. haa... sedangkan tembikai itu sedap di cicah dengan asam jambu 88. harap mengerti. Untuk Penjelasan lebih sila rujuk pada Ustaz Azhar Idrus. Mu tunggu aku datang.


Manusia semua sama. Yang miskin Allah bagi makan, yang kaya pun Allah bagi makan. Yang miskin dapat oxygen, yang kaya pun dapat oxygen. Yang pandai Allah bagi hidup, yang bodoh pun dapat hidup. Orang kaya mati, orang miskin mati. haa..Raja raja mati, rakyat biasa mati. Semua pergi menghadap ilahi. Dunia yang dicari tiada bererti.. Hamboih! ni lyrics lagu la..haha. Kerana semua ini Milik ALLAH. Sik dak satu pun milik kamek dan kamuk. Tapi yang membezakan kita adalah TAQWA.





لخوف من الجليل, والعمل بالتنزيل, والرضا بالقليل, والاستعداد ليوم الرحيل.

Maksudnya : Takut kepada Allah S.W.T., beramal dengan apa yang diturunkan, redha dengan sedikit, dan bersiap-sedia menghadapai kematian. 

Tambahan pula, sifat taqwa ini bukanlah dapat dizahirkan dengan wara’ atau merendah diri semata-mata namun ia adalah anugerah yang diberikan Allah S.W.T. kepada mereka yang melaksanakan perintahnya dengan penuh taat. Apa yang penting setiap pekerjaan dan amalan yang diperintahkan Allah S.W.T. mempunyai matlamat dan tujuannya. Matlamat taqwa inilah yang dituntut Allah S.W.T. kepada mereka yang beriman agar sentiasa bersifat dengannya di dalam kehidupan. Firman Allah S.W.T. di dalam Al-Quran maksudnya :


“Wahai orang-orang yang beriman, bertqwalah kepada Allah dengan sebenar-benar ketaqwaan dan janganlah kamu mati melainkan kamu berada dalam agama Islam”       
Oleh sebab itulah, anugerah taqwa ini tidak disempitkan dengan natijah daripada pergerakan dalam ibadah semata-semata tanpa melihat kepada setiap perbuatan yang memberikan sumbangan kepada agama. Suruhan supaya sentiasa bertaqwa ini hendaklah dihayati sepenuhnya bagi mendapatkan gambaran jelas tentang konsep ibadah kepada Allah S.W.T. ( Kenali Manhal, Retrieved from http://www.manhal.pmram.org )

Aku beri satu situasi, ketika aku keluar 3 hari dengan jemaah hulu kelang dulu. Aku diputuskan mesyuarat untuk khidmat masak. Dalam mesyuarat khidmat, kami putus nak masak ayam. Sebelum tu, tanya la amir jemaah dulu. '' Amir sahb, boleh tak nak masak ayam?'' dia jawab. ''Boleh, tapi sembelih depan saya'' Aku terkejut beruk dengan jawapan dia. Takkan nak cari ayam hidup pulak dah. Nak masak beruk, tapi bedasarkan ilmu yang cetek ni, beruk haram dimakan kan? terfikir pula tentang babun. Babun is too sexy. kennot kennot! Terus tukar, masak ayam gak. Tapi ayam yang tak menetas lagi la. Telur ayam!
Ya Allah, berilah aku Jambang macam ni jugak ya Allah. Geramnya.


Orang orang lama kat situ bagitau aku, inilah haqiqat iman. Bila kita sudah rasa kemanisan berhati hati di dalam kehidupan, demi menurut perintah Allah, kita berasa rugi untuk tidak berhati hati. Mungkin segelintir daripada kita akan pandang, kenapa nak kena sembelih depan dia, benda ayam dah sembelih kan. Kolot gila. relaks relaks dah la. Tapi bagi aku, Taqwa ini sukar untuk dicari. Dia begitu berhati hati dalam pemakanan supaya tidak memakan makanan yang syubhah. Hati boleh jadi rosak tau? Katanya, sekarang ni orang Islam tak ramai amal Islam. Tak rugi berhati hati. Itu pun amalan yang dituntut Islam. Tapi aku belum tahap tu lagi la. Aku dapat KFC ke, McD ke, gua sebat je. Kalau kolot macam ni, ''ibu, amir nak kawin lah. Nak elak maksiat, nak lahirkan zuriat. Nak ajar memanah, berkuda dan berenang'' :p ibu : '' hoii, jangan nak menggatal, kerja takda, belajar pun tak pernah dapat dean's list, hang ingat muka hensem boleh bagi makan? badan tough hang tu boleh beli beras? macho hang tu boleh jual kat instagram? haih.. instagram tu untuk orang orang yang murah murah je. bukan murah. Free2 lagi..'' aku: '' ibu, nak subscribe internet kena bayar gak -.-' haih...kolot betul lah. nak kawin pun xyeh. dekut!'' haaaaa....ni lah lebih kurang. ni definisi gua la...
psss...gua ada nasihat. lu orang kalau nak kawin awal, bagitau kat ibu korang, saya jumpa seorang wanita yang perangainya sama macam ibu. Saya pasti rasa selesa jika bersamanya. mesti ibu kau bagi insyaALLAH. ibu aku? oh dia kata takleh, nanti ayah suka. hmmm...



ok ok..
Dalam percakapan kita juga perlu ada taqwa. Kita berhati hati lah dalam menyuarakan suara yang Allah kurniakan pada kita. Belajar belajarlah menghormati orang lain. Hari ini sunnah nabi telah dipermainkan dengan slumber je. Asbab Nabi buat dakwah lah kau ada Kalimah Lailaha ill ALLAH tau? haih. Penutup kepala, orang akan tanya, sepanjang masa nak berkopiah ke? solat jenazah ke? Gamis, pakaian kesukaan nabi. Pakaian nabi yang senteng hingga ke pertengahan betis. Orang akan cakap, banjir ke? baru balik sawah ke? kau tak da baju lain ke? sampai satu tahap orang cakap kau ni nampak mcam tak senonoh. Allah. air mata tak mampu nak mengalir lagi. Nabi ada bagitahu dalam mafhumnya kurang lebih : mengenggam sunnah di akhir zaman adalah ibarat mengenggam bara api. Benar ya Rasul :'( Ada hadith juga menyebut kurang lebih, barang siapa yang menghidupkan sunnah di zaman fahsha'dan mungkar, Allah beri 100 pahala mati syahid. Ust Umar dari Australia masa ziarah rumah kawan aku bagitahu, mengapa Allah bagi 100? sedangkan 1 pahala mati syahid sudah cukup untuk memasukkan kita ke dalam syurga Allah ! dia cakap, ini kerana orang yang mengejek sunnah baginda ini seperti telah membunuh mereka mereka yang menghidupkannya. jadi, sudah tentu banyak ejekan yang mereka dapat. Allah bagi lump sum bro! 100! aku tanya la. kenapa zaman fahsha mungkar je dapat 100? zaman Rasulullah dulu kalau nak syahid kena pergi medan perang. Ini adalah kerana, zaman Rasulullah dulu, sunnah ini common! yang tak pakai sunnah la yang rare. Diriwayatkan, seorang yahudi yang ingin mencari Rasulullah di Madinah menjadi bingung dan keliru. Kerana sahabat r.a sume lebih kurang macam nabi. Pakaianyya, rambutnya, serban nya, hatta jalannya pun nak tiru. Sweet gilerzz... Tapi zaman la ni? mereka yang menghidupkan sunnah la yang RARE !
Teringat sebuah diskusi tentang Sunnah terbesar rasulullah. Dakwah ila Allah. Malah semua nabi diturunkan atas sebab dakwah! menyeru manusia pada keEsaan Allah. Dalam kelas haritu, Ustaz aku atau lebih gempak dikenali sebagi Dr. ! haha. kashmiri boh! Dia point aku kaw kaw nye. Dia mula mula tanya pada kelas mahukah mujtahid atau ulama menjadi Pemimpin kita? semua angkat tangan. Then he started to point out on what are the problems we are facing today in establishing Islamic Government in a way to unite the Muslims. dia cakaplah banyak masyaikh ditendang keluar dari negara negara tertentu kerana bersuara. Yang tinggal masyaikh yang bercakap tetapi dipengaruhi kuasa dan duit orang atasan. Banyak masyaikh bergaduh tentang khilafiyah atau pendapat fiqh. he said, how this ulama' can rule us? he started to make us question on the basis that '''Who should be a ruler and on what rights he should rule?'' dia cakap. this is a very big question. yang mana ulama tak berani persoalkan atau jika mereka berbuat demikian, mereka akan ditendang oleh pemimpin sedia ada.
Dia kemudian menceritakan betapa tidak bersatunya Muslims nowadays. Imam shafie dulu hormati Imam Malik, Ulama terdahulu sentiasa berdiskusi secara sihat kerana bab khilafiyah mengikut Ahl Sunnah wal Jamaah, semuanya benar! tiada yang salah. Jadi apa mahu kecoh kecoh? dia kata la, ini dengan salafi wahabi, shiah, sunni, taliban, tabligh jamaat. Zoooop! gua terus cam. Huh? kenapa ada tablighi jamaat pulak. bila pulak tabligh ni jadi fahaman? haha. Dia pun kecek la, sekarang kamu boleh bertudung(hanafi), ada yang berpurdah(shafie). Kamu nak ke nanti kamu semua dipimpin, dan pemimpin kamu wajibkan kamu semua berpurdah? atau tak boleh berpurdah. Dia cakap lagi, we need a leader who can stand for everyone. Ni gua salute. memang betul pun. Dia cakap lagi, kita bertengkar gila gila nye sekarang ni. shiah ngan sunni. Wahabi dengan aktiviti membanteras bid'ah nye. semuanya bid'ah. And tabligh, u talk about da'wah. Da'wah will not going to contribute in establishing an Islamic State or government. He said that tablighi jamaat in bangladesh support secular. He said in gathering there at Tongi, Maulana said Islam have no relation with politics. So, he asked me to ''angguk'' when he said that tabligh jamaat does not contribute to establish Islamic state. aku terpaku dan berfikir sampai lah hari ni.

Alhamdulillah, aku pergi mesyuarat UIA pada hari jumaat lepas. Aku bentangkan perkara ini. Kerana di minda ku timbul segala perkara. Aku berada dalam pandangan Imam al Harmayn al Juwayni bahawa Establishing an Islamic State ni wajib. Untuk melaksanakan hukum hukum Allah di peringkat yang memerlukan kuasa. Jadi aku berfikir, aku keluar 40 hari ikut jemaah, dah berkali kali keluar lagi dan lagi, apa kah sumbangan aku pada agama sebenarnya? Allah :'( Tapi alhmdulillah. Allah beri jawapan yang jitu buat hati ku. yang membuatkan ku terasa nak buat dakwah sekarang juga! hahaha. Dalam mesyuarat, sahabat aku beritahu, Jemaah tabligh ini bukanlah sebuah organisasi atau parti yang mahu memenangi mana mana pilihanraya. Tetapi tabligh ini adalah sifat nabi yang menjadi maksud hidup Baginda untuk menyampaikan perutusan dari Allah. Tabligh ini merupakan satu kerja bagi kita. Kerja yang di mana kita perlu melakukan dakwah dengan menceritakan kebesaran Allah kepada seluruh manusia. Kita tiada apa apa kepentingan politik. Tapi, apakah sumbangan aku buat buat dakwah ni? katanya, ''sangat besar''. Jika kau buat dakwah dan kau seorang peguam, maka kau akan menjadi peguam yang membawa Islam di dalam perundangan. Jika kau jadi ustaz yang membuat dakwah, maka kau akan jadi ustaz yang bercakap demi kepentingan agama bukannya duit. Jika kau buat dakwah pada architect, maka jadilah architect Islam. Jika kau buat dakwah pada ahli politik, bagitau dia bahawa kita ini semua adalah daie yang mana nabi bagitau barang siapa ada kalimah Lailaha ill Allah, maka dia seorang daie. Bila ahli politik tahu kerja sebenar nya adalah dakwah, maka di dalam POLITIKNYA dia akan jadikan politik yang mengajak manusia kepada Allah! dengan mewujudkan sebuah kerajaan Islam. Inilah yang dipersediakan oleh Rasulullah dan sahabat. Jika ada kerajaan Islam pun, tapi rakyat tak nak pada kerajaan tu. Mana ada gunanya. Tapi jika kita buat dakwah, dari rumah orang kafir, lahirlah amirul mu'minin, Sayyidina Umar. Asbab buat dakwah lah! Hari ni kita tak buat dakwah, kita gaduh! Shiah sunni wahabi. Sume gaduh. Ko salah aku betul. Ko condemn aku, aku condemn ko. Cara ko salah, aku betul! sebab apa gaduh? sebab manusia tak buat dakwah. Orang tidak takut pada tuhan yang satu! orang takut dan taksub pada perjuangan masing masing! Buat dakwah cara Nabi la. Baru ada kejayaan! Blog ni sume bukan takda kejayaan. Cuma tiada jaminan dari Allah. Jika guna cara nabi sudah tentu ada jaminan hatta dapat pahala sunnah lagi. Islam bukan tiada kena mengena dengan politik. Ada, cuma bukan dengan politik hari ini! Hari ini punya politik, puiii! Sebab tu kita kena buat dakwah. Usaha membina kerajaan Islam perlu diteruskan. Tapi dakwah juga perlu dilakukan. Jika tidak, kerajaan dibina Islam dibina, tapi semata mata kerana kepentingan sesebuah parti. Ini bukan kerana Allah. Bila dakwah mengesakan Allah dilakukan, hati hati kita jadi hati orang Islam sayyidina Ali. haaaa.nak cakap aku syiah la tu. tak lah. Sayyidina Ali merupakan pengikut yang taat pada Kalifah kalifah sebelumnya kerana perintah Allah dan ini berlaku disebabkan kalifah kalifah ini taat pada Allah. Maulana itu juga cakap, bukan Islam takda kena mengena dengan politik, Tapi tabligh yang tiada kena mengena dengan politik. 'mereka mereka yang tidak memnita bayaran' kami nak jadi macam ni. Buat dakwah tak kena bayaq, kena halau adalah. haha

Akhir kalam!
Sunnah adalah lambang ketaqwaan. Allah jadikan manusia dan jin semata mata untuk menyembahnya. Kejayaan kita hanya dalam Agama, sejauh mana kita menurut perintah Allah dengan mengikut sunnah Nabi saw. Makan, minum, tidur, solat, quran, study, kerja, hatta da'wah juga mengikut cara nabi! InsyaAllah, Allah sayang kita. jaga kita. lindung kita. Nabi cakap InnAllaha ma' ana! Sesungguhnya Allah bersama kita. Jika kamu tak bersama nabi, tentang nabi, ejek pakaian nabi, adakah kamu bersama kita? hehehe.. Renungkan. This writing hanyalah sebuah kenyataan pendapat. Bukanlah tulisan akademik yang boleh dijadikan rujukan. Saya bukan orang Álim, saya zalim. hehe. Lailaha ill Allah.

No comments:

Post a Comment